Sunday, August 15, 2010

Pengujian transistor dan kerosakan transistor

 
  • Oleh sebab kerosakan yang sering berlaku kepada transistor ialah kerosakan terbuka dan terpintas,maka ujian asas menggunakan meter ohm boleh digunakan untuk menguji kerosakan tersebut.
  • Transistor seolah-olah dua diod yang disambung terbalik .Jika ujian terhadap kedua-dua diod ini positif, transistor itu berkeadaan baik. Rajah 7.8 menunjukkan cara menguji transistor NPN menggunakan meter ohm.
  • Meter ohm juga boleh digunakan untuk menentukan jenis transistor serta elemen sesuatu transistor. Ini penting apabila maklumat berkaitan sesuatu transsistor tidak diketahui.
  • Rajah 7.9 menunjukkan langkah untuk menentukan elemen tapak dan seterusnya jenis (samada NPN atau PNP) sesuatu transistor menggunakan meter ohm. Rajah 7.10 pula menunjukkan cara menentukan elemen pemancar dan pemungut sesuatu transistor.
  1. Tanda kaki trasistor
  2. Set meter pelbagai analog ke fungsi pengujian rintangan pada julat R x 10
  3. Uji transistor mengikut langkah seperti ditunjukkan dalam contoh di bawah ini
  4. Kenalpasti langkah apabila transistor berada dalam keadaan pincang ke depan [Dalam contoh di atas transistor berada dalam keadaan pincang ke depan pada langkah 1 dan langkah 6]
  5. Kenalpasti kaki sepunya untuk kedua-dua kedaan dalam langkah 4. Kaki ini ialah elemen tapak untuk transistor tersebut.[Dalam contoh di atas kaki sepunya untuk kedua-dua keadaan ialah kaki 2].
  6. Jenis transistor di tentukan berdasarkan pernyataan berikut|:                                                                                                               *Transistor PNP-Jika kaki sepunya di sambung ke tamatan positif meter pelbagai analog
    *Transistor NPN-Jika kaki sepunya di sambung ke tamatan negatif meter pelbagai analog






  1. Setkan meter pelbagai berdigit ke fungsi pengujian diod
  2. Lakukan ujian seperti di tunjukkan dalam contoh di bawah ini (dalam contoh ini elemen tapak telah di kenal pasti iaitu kaki 2 menggunakan kaedah seperti di tunjukkan dalam Rajah 7.9)
  3. Kenal pasti langkah yang menunjukkan nilai susutan voltan tertinggi.
  4. dalam contoh di atas yang menunjukkan nilai susutan voltan tertinggi ialah keadaan 2.Oleh itu kaki 1 ialah elemen pemancar manakala kaki 3 ialah elemen pemungut.

    No comments:

    Post a Comment